Blogger templates

Cara menyelesaikan laptop yang berat dan lembab gila bila on??

Ini entry yang lama. Untuk yang lebih detail, sila klik sini.

Sakit hati tak bila korang on je laptop tu, masa start je keluar macam-macam?? Keluar Yahoo Messenger la, Windows Live la, Skype la, dan macam-macam lagi sehingga membuatkan laptop korang tu jadi berat dan lembab. Kadang-kadang sampai hang laptop korang tu dek kerana binatang-binatang tu muncul. Hah.. ni jalan penyelesaiannya! Ok.. 1st thing to do korang tekan butang windows dekat keyboard korang dan butang 'R' serentak (windows + R). Then akan keluar benda ni dekat screen korang :


Bila dah keluar benda alah tu taipkan 'msconfig' pada ruang open tu.


Lepas tu klik pada OK dan akan keluar display macam ni :



Lepas tu klik pada 'Start up' dan akan keluar ni :


Sila untick pada benda-benda yang suka sangat muncul pada start up korang. Benda-benda ni la yang memberatkan laptop korang. Contoh macam Yahoo Messenger, Skype, Windows Live dan sebagainya. Untick pada item-item tersebut. Jangan untick pada benda-benda yang tak bertarikh tu. Yang tu biarkan je. Untick pada benda-benda yang tak penting sahaja OK.


Setelah korang untick pada benda-benda tersebut, klik pada Apply kemudian OK. Lepas tu akan keluar display macam ni :


Maka selesai la. Korang nak restart laptop korang or tak nak, sukati korang la. Tapi bila korang on balik laptop tu, maka benda alah-benda alah yang mengganggu gugat kelajuan laptop anda tu akan hilang pada start up. Selamat mencuba ye kawan-kawan sekalian pada yang tak tahu lagi nak buat macam mana tu.

Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE atau komen :D


7 laporan diterima:

erlina said...

ouhhh bgusla info nieh!

dy tak bagi efek pape ke kt application y kite tick uh ?

Amey said...

x de efek apa-apa pun.. just nak pastikan dia x muncul masa start.. tapi pastikan jangan untick pada benda-benda yg penting untuk komputer mcm yg sy biarkan dlm gmbar di atas..

sha said...

dah buat.. TQ.

Best blog ni walaupun masih baru tapi pasti akan boleh berjaya.

Happy blogging, k.

Anif Abdullah ® said...

pernah gak terbaca info cmni..tapi yang ni lagi mudah paham tq:)

fara ain said...

thnx la wat info cmni hahaha
tension klu setiap kali bkk kena tgu bnd 2 dulu

Anonymous said...

sgup geledah blog hg utk cri entry ni..

bguna !! :P

nor lihana hani said...

tq,, bg ilmu bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...