Blogger templates

Tutorial : Cara mudah untuk pecah partition hard disk

Ada jugak orang tanya aku macam mana nak pecah partition untuk hard disk sebab dia punya laptop cuma ada 1 partition iaitu Local Disk (C) sahaja. Bila cuma ada 1 partition je, memang susah bila nak format laptop sebab semua data akan hilang atau kena backup awal-awal kalau tak nak hilang. So, aku nak ajar korang cara macam mana nak pecah partition kepada 2 atau 3 partition.

Aku akan tunjuk contoh dengan menggunakan laptop aku. Aku punya laptop ni memang aku dah pecahkan kepada 2 partition. So, aku nak tunjuk macam mana nak pecahkan kepada 3 partition. Kalau korang punya cuma 1 partition je, boleh buat cara yang sama untuk pecahkan 1 partition kepada 2 partition.

1. Cuma ada 2 partition sahaja :



2. Start Menu ---> Right click pada computer ---> select and click Manage :



3. Akan keluar macam ni :



4. Pilih pada partition yang korang nak pecahkan. Kebiasaannya Local Disc (C). System Reserve korang abaikan dan jangan usik apa-apa. Right click pada (C) dan click pada Shrink Volume :



5. Bila keluar macam imej di bawah ni, sila tunggu sebentar. Mungkin akan mengambil masa beberapa minit :



6. Kemudian akan keluar macam imej di bawah ni. Nombor yang petak kedua tu adalah saiz maksimum yang korang boleh shrink (pecahkan). Petak ketiga adalah saiz yang korang nak shrink (pecahkan) kepada partition baru. Letak la kepada berapa yang korang nak tapi tak boleh melebihi nombor pada petak kedua tu.  1000MB bersamaan 1GB. Kalau nak buat 200GB, so kena letak 200,000MB.



7. Tunggu sebentar. Kemudian akan keluar partition baru tu iaitu kotak yang bewarna hitam tu. Right click pada kotak bewarna hitam tu (Unallocated) dan click New Simple Volume :



8. Kemudian korang click next, next, next je sampai finish.







9. Kemudian siap lah apabila kotak yang bewarna hitam tadi bertukar kepada warna biru.



10. Cuba lihat pada Computer, maka ada lah partition baru.



NOTA : Hanya boleh ada 4 partition (maksimum) sahaja untuk 1 hard disk termasuk System Reserve seperti imej di bawah. System Reserve tu jangan usik apa-apa, biarkan sahaja :







Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE atau komen :D


5 laporan diterima:

Mr.Trollulz said...

WINRAR..!!

fara anak abah said...

jom join?blh la tlg promote biz sy skali t=)

http://declosette.blogspot.com/2012/02/1st-giveawayshare-and-win.html

sha my heart said...

lor, nasib baik tak publish lagi. sama plak entrinya (tapi tulis je) malas nak up load pic bnyk2. hehe~

menjemput blogger join
segment kenangan persahabatan masa sekolah rendah.


mesti korang ada kenangannya kan?
jemput join segment ini ya

Anonymous said...

tq...tq....tq.....i dah berjaya

Suhaimi Emy said...

kalau partition ade 3 nak tukar jadi 2 macam mana....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...