Blogger templates

Cara-cara Membuat Hyperlink Dalam Microsoft Power Point 2007

Kali ni aku nak buat tutorial sikit cara-cara untuk menggunakan hyperlink di dalam Microsoft Power Point 2007 bagi presentation korang tu gempak sikit dan membuat orang berkata "wow, canggih giler!" 

Aku buat contoh untuk 3 slide sahaja. Ikut langkah-langkat di bawah ni. Klik pada gambar untuk imej yang lagi besar dan jelas.


1. Contoh 3 slide yang aku gunakan :


2. Untuk memulakan proses hyperlink, sebagai contoh, aku gunakan slide pertama sebagai slide 'home' dimana di situ semua link akan diletakkan di situ. Sila lihat gambar dibawah. Aku buat contoh untuk linkkan slide pertama ni ke slide ketiga.
Langkah 1 : Highlightkan perkataan yang nak di'hyperlink'kan.
Langkah 2 : Klik 'insert'.
Langkah 3 : Pilih 'Hyperlink'.

3. Selepas klik hyperlink, secara automatik akan keluar satu windows seperti gambar di bawah :
Langkah 1 : Klik pada 'place in this document'.
Langkah 2 : Pilih slide yang korang nak linkkan (korang nak pergi bila klik pada perkataan 'klik untuk ke slide ketiga').
Langkah 3 : Klik OK.


4. Kemudian, setelah siap langkah-langkah diatas, sila pergi ke slide ketiga. Di slide ketiga :
Langkah 1 : Klik pada 'insert'.
Langkah 2 : Pilih 'shapes'.


5. Setelah klik 'shapes' seperti di gambar yang ke 4, cari action button 'Home' seperti gambar di bawah dan letak pada slide ketiga.


 6. Setelah action button 'Home' tu diletakkan pada slide ketiga, secara automatik akan keluar satu windows seperti dibawah :
Langkah 1 : Pilih 'slide...', dan akan keluar satu windows lagi.
Langkah 2 : Pilih slide 'home' korang (tempat korang letak link banyak-banyak tu), sebagai contoh 'slide pertama' adalah 'home' untuk slide aku ni.
Langkah 3 : Klik OK.
Langkah 4 : Klik OK lagi sekali.


Kemudian siap lah. Cuba korang try slide show korang tu menjadi atau tidak. Selamat mencuba! :-)





Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE atau komen :D


3 laporan diterima:

GaRy™ said...

nice tutorial!! :)

Hanizah Binti Hamzah said...

Terima kasih banyak atas maklumat yang diberikan....perkongsian yang cukup menarik, dah berjaya dilaksanakan!!!!!

Hanizah Binti Hamzah said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan cukup menarik dan...saya sudah berjaya menggunakannya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...